Menyemak kelayakan untuk memohon Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang di Info Pinjaman.
Mendaftar sebagai pemohon. Log Masuk sekiranya telah mempunyai akaun pemohon.
Melengkapkan semua maklumat permohonan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
Melaksanakan pengesahan menerima atau menolak tawaran Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang.
Sekiranya menerima tawaran, lengkapkan maklumat penjamin. Sila rujuk syarat-syarat penjamin di Info Pinjaman.
Mencetak dan melengkapkan Perjanjian pinjaman mengikut arahan yang ditetapkan seperti di sini.
Menyerahkan Dokumen perjanjian pinjaman yang lengkap ke alamat seperti di bawah dalam tempoh 14 hari dari tarikh setuju terima tawaran.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
UNIT PINJAMAN PENUNTUT
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PARAS 29, KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK (KOMTAR)
10503 PULAU PINANG
Bayaran pinjaman akan dikreditkan mengikut semester pada bulan Disember bagi peminjam baru, Mei dan Oktober bagi peminjam sedia ada ke akaun bendahari IPTA/IPTS kecuali bagi peminjam dari UiTM, UMK, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Poly Tech MARA sahaja dikreditkan ke akaun peminjam.