Loading...
Syarat Pinjaman

Syarat-Syarat Pinjaman

Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
Pinjaman kali ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 - Jun 2020).
Penerima pinjaman penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya).
Permohonan adalah secara online.
Syarat Pinjaman

Sila lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan

Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS).
Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah.
Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf.
Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada).
Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada).
Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada).
Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada).
Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan. Sila Klik Untuk Contoh MQA.
Syarat Pinjaman

Bagaimana untuk memohon Pinjaman

Daftar sebagai pemohon dan log masuk untuk membuat permohonan.
Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan berbentuk soft copy untuk dimuat naik di permohonan Pinjaman.
Tarikh Buka Permohonan: 1 Ogos 2024.
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2024. Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.